ENJOY THE LITTLE THINGS IN LIFE, FOR ONE DAY YOU'LL LOOK BACK AND REALIZE THEY WERE THE BIG THINGS

Wednesday, October 17, 2012

Wahai Gadis , Mencintailah Dengan Anggun

Assalamualaikum .

Duhai gadis , mahukah ku beritahukanmu bagaimana mencintai dengan anggun ??
Inginkah ku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu ? 
Dengarlah ...

Saatku jatuh cinta ,
Takkan ku berucap,
Takkan ku berkata,
Namun ku hanya akan diam....

Saat ku mencintai,
Takkan pernah ku menyatakan,
Takkan ku menggoreskan,
Yang ku lakukan hanyalah diam...

Aku tahu , cinta itu fitrah.. Sebuah anugerah yang tidak terperi..
Kerana cinta adalah kehidupan.. Kerana rasa itu adalah cahaya.. 
Aku tahu, hidup tanpa cinta bagaikan hidup dalam gelap gelita..
Namun , saat rasa itu menyapa, maka hadapilah dengan anggun ..
Kerana rasa itu ibarat pelangi, dengan begitu banyak warna..
Cinta terkadang membuatmu bahagia,namun tak jarang menbuatmu derita..
Cinta adakalanya manis bagaikan gula, namun juga mampu memberi pahit yang sangat getir.
Cinta itu pelengkap rasa.. Sekali kau tersalah laku, maka kau akan menyesali seumur hidupmu.

Maka gadis , jauhilah belenggu itu.. Dan laluilah dengan anggun..
Mencintailah dalam hening, dalam diam. Tak perlu kau lari , Tak perlu kau hindari..
Namun juga, jangan kau sikapi dengan berlebihan, 
Jangan kau hurai rasamu, Jangan kau tumpahkan segala sukamu..
Cubalah merenung sejenak dan fikirlah dengan tenang..
Kita percaya dengan takdirkan?? Biarlah Allah mengaturnya .
Dan yakinilah ditangan-Nya sebaik-baik ketentuan..
Cubalah renungkan...
Dia yang ku cinta belum tentu menjadi milikmu..
Dia yang kau puja, yang kau ingat siang malam, yang kau tangisi ketika malam,
Adakah dia yang Allah takdirkan denganmu??
Gadis , kita tak tahu dan takkan pernah tahu.. Hingga saatnya tiba..
Maka kuingatkan padamu.. Tidakkah kau malu jika semua rasa telah kita huraikan... 
Meluahkan segala ungkapan cinta kepadanya.
Namun ternyata kelak bukan kau yang dia pilih untuk mendampiingi hidupnya?
Gadis, 
Kerana cinta begitu agung untuk dihurai, begitu suci untuk ditampakkan,
begitu sayang untuk ditumpahkan...

Dan sedarilah gadis, fitrah kita wanita adalah pemalu, dan kau indah dengan sifat malumu..
Lalu, masih kau tampak menawan jika rasa malu itu telah kau huraikan?
Masihkan kau tampak berseri jika malu itu telah kau singkap??

Duhai gadis, Jadikanlah malu sebagai selendangmu, Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan.. Dalam jeruji kesetian, Kesetian padanya yang telah Allah tuliskan namamu dan namanya di Luh Mahfuhz. Jauh sebelum bumi dan langit dicipta...


Maka cintailah dalam hening, Agar jika bukan dia yang ditakdirkan untukmu,
Maka cukup Allah dan engkau yang tahu segala rasamu.. Agar kesucianmu tetap terjaga,
Agar keanggunanmy tetap terpelihara..
Maka kuberitahukan padamu, pegang kendali hatimu, jangan kau lepaskan,
Acuhkan semua godaan yang menghampirimu.. Cinta bukan untuk kau hancurkan, bukan untuk kau musnahkan.. 
Namun cinta adalah sesuatu yang telah kau kendalikan agar menuju peningkatan imanmu..

Gadis, yang kau perlu hanya waktu , sabar dan percaya, 
Maka, peganglah kendali hatimu, Lalu arahkan padaNya.. kerana daripadaNya kau temukan cinta sejati, dan cintailah dalam diam , dalam hening, dalam doamu.
Itu jauh lebih indah, jauh lebih suci . malah jauh lebih anggun :)

sekian ..

dikutip dari catatan 'kisah inspirasi'

salam istiqamah :))







Friday, October 5, 2012

Watch your Mouth .

Assalamualaikum .

Hari ni nak cakap sikit pasal orang yang tak berape reti nak jaga mulut atau dalam kata yang lain mulut takde insurans . huhu .
 
Ciri-ciri orang yang tak sayang mulut :-

  1) Sesuke hati  memaki orang .
  2) tak pandai memilih ayat yang lebih sopan dan sedap didengar
  3) bila cakap tak pandai jaga hati dan perasaan orang
  4) mengumpat dan memfitnah sana sini,
  5) TAMBAH SENDIRI . (hehe)

tolonglah wahai rakan-rakan yang kenal mahupun tak kenal , jagalah mulut anda .
nie makan die kalau tak sayang mulut

jangan sebab mulut , badan biasa ye sayaang :D
disebabkan kata-kata yang menyakitkan hati , laki bini pun boleh bercerai , sahabat baik pun boleh bergaduh.  
Kata-kata kita melambangkan keperibadian tau :)
*melakukan sesuatu yang baik amat mudah*



           

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...